Monday, June 14, 2010

Piala rebutan?


Surat khabar di atas meja itu dicapainya dengan pantas. Diselaknya pada helaian belakang sekali. Untuk situasi normal orang ramai akan mula melihat tajuk utama yang menjadi isu semasa di hadapan helaian surat khabar itu. Tetapi sejak kebelakangan ini helaian hadapan itu seakan tidak diambil endah. Bukan tidak diambil endah, tetapi helaian belakangnya yang pasti akan dibelek dahulu kemudian baru helaian hadapan. Seperti membaca surat khabar bertulisan jawi. 

Mengapa ya? Sambil membelek helaian demi helaian, mulutnya ternganga besar. Mula berbangga pasukan Asia dapat menang pada perlawanan bola sepak pada malam itu. Mengira-ngira di dalam hati pasukan mana yang akan menjulang piala yang amat berprestij itu. Pasukan yang akan menang itu sudah pastinya mendapat habuan yang amat besar, tetapi dia yang tegar menunggu setiap perlawanan bersengkang mata hanya dapat melihat sahaja. Matanya meliar mencari waktu perlawanan bagi pasukan pilihannya. Melihat-lihat tarikh, teringat akan sesuatu. Diselak helaian hadapan surat khabar itu, matanya mengimbas keseluruhan muka hadapan surat khabar itu mencari sesuatu. 

Pergerakan matanya terhenti setelah dapat melihat apa yang dihajati. Jari telunjuknya menunjuk ke bahagian atas sekali surat khabar itu ke sebelah kiri. Kecil sahaja saiz tulisannya. ‘Ahad, 13 Jun 2010, 30 Jamadil Akhir 1431’. Kerana dilalaikan oleh piala dunia ini terlupa pula ‘piala akhirat’ yang perlu lebih diutamakan. Akan masuk bulan Rejab, kemudian Syaaban seterusnya Ramadan. Bulan Rejab termasuk dalam bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT yang kini manusia dihidangkan dengan perlawanan bola sepak piala dunia ini. Dalam keghairahan melihat pasukan mana bergelar juara, dia diingatkan oleh salah seorang sahabat yang sudah lama dikenalinya sejak berada di bangku sekolah rendah lagi. Diingatkan dan disedarkan melalui sebuah perisian laman sembang mengenai ayat ini, 

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa". (At-Taubah : 36)

Jangan sampai terlupa kewajipan, solat dilengahkan atau bercakaran hanya kerana piala duniawi ini. Malahan nasib saudara di Palestin, bagi mereka doa harus terus dipanjatkan. Dia membuat kesimpulan, supaya beringat. Kerna seringkali dia dilalaikan dengan perkara sebegini. Doalah banyak-banyak.


"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan, Amin.."

6 comments:

  1. Menilai Hadith Doa Bulan Rejab

    اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

    Allaahumma baarik lanaa fii rajab wasy-sya’baan, wa ballighnaa ramadhaan

    Artinya: "Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."

    Saat dekatnya kita dengan bulan suci Ramadhan, kita sentiasa mendengar doa yang disebutkan di atas. Namun shahih-kah doa ini di sisi para ulama' hadith?

    Di sini kami akan membentangkan takhrij hadith ini dari kitab-kitab Sunnah dan sama ada ianya shahih atau dhaif menurut para ulama'.


    Nash Hadith:

    Telah disebutkan dalam Musnad Imam Ahmad (1/259):

    حدثنا عبد الله ، حدثنا عبيد الله بن عمر ، عن زائدة بن أبي الرقاد ، عن زياد النميري ، عن أنس بن مالك قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل رجب قال : اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبارك لنا في رمضان وكان يقول : ليلة الجمعة غراء ويومها أزهر .

    Telah menceritakan kepada kami Abdullah dan Ubaidullah bin Umar, dari Zaidah bin Abi ar-Raaqod, dari Ziyad an-Numairi, dari Anas bin Malik, katanya (yakni Anas): Adalah Nabi shallallahu 'alayhi wasallam apabila masuk bulan Rejab berkata: “Ya Allah berkatilah kami dibulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Kemudian beliau berkata, “Pada malam Jumaatnya ada kemuliaan, dan siangnya ada keagungan."

    ReplyDelete
  2. Takhrij Hadith:

    1 - Diriwayatkan oleh Ibn Sunny dalam “Amal Yaumi wal Lailah” (659) dari jalur ibn Mani’ dikhabarkan oleh Ubaidullah bin Umar Al-Qawaririy.

    2 - Dan Baihaqiy dalam Shu’abul Iman (3/375) dari jalur Abi Abdullah al-Hafidz, dari Abu Bakr Muhammad bin Ma’mal, dari AlFadhil bin Muhammad Asy-Sya’raniy, dari Al-Qawaririy.

    3 - Dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (6/269) dari jalur Habib bin Al-Hasan, dan ‘Ali bin Harun ia berkata, menceritakan kepada kami Yusuf Al-Qadhi, dari Muhammad bin Abi Bakr, dari Zaidah bin Abi ar-Raaqod.

    4 - Dan Al-Bazar dalam Musnadnya (Mukhtasar Zawaidul Bazar li Hafidz 1/285 ,402) dari jalur Ahmad bin Malik al-Qusyairi dari Zaidah.


    Di dalam sanad hadith ini ada dua kecacatan:

    1) Zaidah bin Abi Ar-Raaqod

    - Berkata Abu Hatim : tidak bersambung sanadnya kepada Nabi shallallahu 'alayhi wasallam (مرفوعة منكرة )

    - Berkata Al-Bukhary : Hadithnya mungkar (منكر الحديث)

    - Abu Daud berkata : Aku tidak mengenalnya (لا أعرف خبره )

    - An-Nasa’i berkata : Aku tidak tahu siapa dia (لا أدري من هو)

    - Adz-Dzahaby berkata di dalam Diwaan ad-Du’afaa’ : Tidak boleh dijadikan hujjah ( ليس بحجة)

    - Berkata Ibn Hajar: Hadithnya mungkar (منكر الحديث)


    2) Ziyad bin Abdullah An-Numairy Al-Bashry

    - Berkata Yahya bin Ma’in : Hadithnya lemah ( ضعيف الحديث )

    - Berkata Abu Hatim : Tidak boleh dijadikan hujjah ( ولا يحتج به)

    - Berkata Abu Ubaid Al-Ajry : Aku bertanya kepada Abu Daud tentangnya, beliau melemahkannya (فضعفه )

    - Dan berkata Ibn Hibban di dalam al-Majruheen : Hadithnya mungkar (منكر الحديث)

    - Dan berkata ad-Daaruqutnee : Tidak kuat (ليس بالقوي )

    - Ibnu Hajr berkata : Dia lemah (ضعيف )


    Kata-kata Ahlul 'Ilmi tentang hadith ini:

    - Berkata Al-Baihaqiy dalam Shu’abul Iman (3/375): "Al-Bukhary berkata: Zaidah bin Abi ar-Raqad dari Ziyad An-Numairi adalah hadith mungkar (منكر الحديث) ."

    - Dan berkata An-Nawawee dalam Al-Adzkar (274): "Kami telah meriwayatkannya dari Hilyah al-Awliyaa’ dengan sanad yang lemah (بإسناد فيه ضعف )."

    - Dan berkata Ad-Dzahabee dalam Mizaan al-I’tidaal (3/96): "Ianya juga lemah (أيضا ضعيف )."

    - Dan berkata Al-Haithamee dalam Majma’ al-Zawaaid (2/165): Berkata Al-Bukhary: hadith mungkar (منكر الحديث) ."

    - Dan berkata Ibn ‘Allan dalam al-Futuhat ar-Rabbaniyyah (4/335) menukil dari al-Hafizh Ibn Hajar: "Hadith pelik (حديث غريب )"

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Maka, perlu kita menilai: Adakah sumber agama kita dari para ulama' mu'tabar atau ahlul 'ilmi, atau dari golongan asatizah yang merujuk kepada mereka? Ataupun dari golongan yang bermalas-malas terhadap ilmu yang sering meriwayat tanpa sumber, menukil tanpa rujukan dan menyampai tanpa menilai?


    Sumber: تـخـريـج الـدعـاء : اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
    Kajian dan Susunan: عبد الله زقيل


    Sumber terjemahan ringkas: Abu Aqil Al Atsary
    Terjemahan tambahan: Akh Ibn Muhammad

    ReplyDelete
  3. aku petik dr artikel kt laman ni..
    http://www.islamiq.sg/2010/06/doa-bulan-rejab.html

    ReplyDelete
  4. setiap amalan yang mempunyai kebaikan elok di benarkan utk di thiqoh(percaya) dan amalkan,sekalipun hadith itu nampak ada kecacatan dari segi matan,sanad,perawi,dan sebagainya,namun doa ini masih lagi mempunyai kebaikan,boleh jer istiqomah dalam mambaca doa ini.


    hadith nabi Muhammad S.A.W :

    Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : "
    Bahawa saya mendengar
    Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya
    serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.

    syukran akhi.

    ReplyDelete