Pagi itu begitu dingin-hujan. Semenjak pulang dari ibu kota Kuala
Lumpur, Ahmad masih belum dapat melihat sinaran mentari suci terbit menyusup ke
daun-daun hijau di hadapan terataknya. Sudah dua hari lopak-lopak yang ada di hadapan
terataknya dipenuhi air. Mujur kawasan
terataknya terletak di kawasan tinggi. Di tempat lain, gaya hujan terus-menerus
seperti ini sudah boleh mendatangkan
bah.
Suasana sunyi waktu itu. Ahmad duduk tercokoh di serambi teratak
kayunya-mengamati melodi titik-titik hujan yang jatuh ke sengkuap terataknya
tanpa henti. Katak-katak yang dulu girang menyanyi mendapat hujan kini senyap
sama sekali. Ahmad berasa enak melayan hati kecilnya pagi itu-rasa tenang
sekali. Tekaknya juga enak menikmati cucur pisang yang garing digoreng dengan
cukup. Lagi bertambah enak menikmati cucur pisang panas itu ketika
hujan-disertai angin dingin pagi yang menggigit-gigit kulit tubuh. Rasa enaknya
cucur pisang itu mahu saja Ahmad jeritkan ke sekujur dunia bahawa dia sedang
menikmati cucur pisang yang sungguh enak.
Beberapa minggu yang sudah berlalu, Ahmad masih ingat rakan
kampusnya datang ke bilik meluahkan isi hati.
“Ahmad, awal pagi tadi aku post satu perkara dekat FACEBOOK aku; INDAHNYA
DAPAT BERTAHAJUD.”
“Lepas tu dalam beberapa minit ada orang komen post aku. Dia kata
aku riak buat ibadah nak semua orang tahu, cukuplah Allah saja yang tahu. Ramai
yang like komen tu.”
“Tapi sebenarnya tak. Aku ikhlas, tak ada niat nak riak sedikit
pun. Aku cuma nak berkongsi rasa manis ibadah yang aku buat tu, bila dapat
bangun…”
Waktu itu Ahmad hanya mampu menasihati rakannya agar bersabar. Niat
hati rakannya Allah saja yang tahu. Bagi
Ahmad, dia faham situasi rakannya itu. Seperti dia sedang berasa manis menikmati cucur pisang
serta mahu semua orang di sekelilingnya tahu betapa nikmat merasai cucur
pisang buatan ibunya itu. Maka dia mengambil langkah menjaja kepada rakan-rakan
dengan niat yang tulus, “SIAPA-SIAPA NAK MAKAN CUCUR PISANG PALING SEDAP, BOLEH
DATANG KE RUMAH AKU”. Kini, Ahmad berkongsi kemanisan menikmati cucur pisang
buatan ibunya kepada orang lain.
“Hebat rakanku itu, mendapat kemanisan iman daripada Allah, tapi aku?”
Jiwa kecil Ahmad berbisik. Dalam renyai-renyai hujan yang turun, dia bertekad
untuk mengejar kemanisan iman. Bukan setakat mendapat kemanisan mengunyah cucur
pisang tetapi lebih daripada itu-cuba berkongsi kebaikan dengan orang lain.
p/s
: Hari ini dua puluh lima Syawal. Selepas Ramadan ke mana kita?
like..
ReplyDeletePeewit,...peewittt....menarik entry ni,...kesimpulannya pembaca harus buat sendiri ya? ehhe...
ReplyDeleteImam kan dah dewasa, orang dewasa kena pndai buat rumusan sendiri,kan?
ReplyDeleteDalam kita beribadah kepada Allah SWT, kita akan diuji dengan pelbagai perasaan. Hanya Allah SWT yang tahu apa yang ada dalam hati kita. Tinggalkan buruk sangka manusia untuk mencari keredhaan Allah SWT. Hati yang tenang tidak perlu diberitahu kepada orang lain, sebaliknya akan tersingkap dengan akhlak pada diri sendiri. Jagalah hati agar hati sentiasa ikhlas, Allah SWT sahaja tempat kita bergantung. Cukuplah Allah SWT bagi kita..
ReplyDeleteDalam hidup banyak perjuangan.Perjuangan paling besar adalah mengawal nafsu dalam diri.Jangan lupakan Allah SWT, makin kita dekat denganNya, kita akan terus dapat merasai kemanisan iman. Jangan makan pisang banyak sangat..hehe..semoga berjaya dalam presentation untuk adik akak yang tersayang..akak sentiasa mendoakan kejayaanmu, di dunia dan akhirat.
ReplyDelete