Friday, August 30, 2013

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka kita,
Merdeka mereka,
Tidak serupa.

Merdeka mereka,
Jasad dan sukma kenal Pencipta,
Membawa ke syurga.

Merdeka kita,
Sampai lupa pada Pencipta,
Laungan 'keramat' semata;

Merdeka!

(Bertam Malim, 30 ogos 2013 bersamaan 23 Syawal 11.45 petang)



p/s : Sudah merdeka puasa enam? Merdekakah saya?

Monday, August 5, 2013

Dosa dan Pahala

Binaan tinggi KLCC,
Budak-budak muda,
Melepak berdua rapat berpacaran,
Berpegangan tangan,
Sambil menunggu,
Laungan azan masuk ke telinga,

Doa dibaca,
Menagih berkat sebelum buka,
Disambut lafaz ‘amin’ sang perempuan,
Harap selamat dari azab api neraka,
Namun keliru dosa pahala,
Di bulan berkat; Ramadan.

( KLCC - 3 Ogos 2013 : 25 Ramadan, 7.30 petang )




p/s : Promosi media massa menyambut kedatangan hari raya amat hebat, silap langkah orang yang lemah iman seperti saya boleh tersungkur menjelang 10 malam Ramadan yang terakhir ini. Sedangkan nabi mengajar agar umatnya melebihkan ibadah dalam 10 malam yang terakhir Ramadan, izinkanku moga diberi kekuatan ya-Allah!



Thursday, July 4, 2013

Yang benar tidak pernah kalah

"Ya Allah, pernahkah aku merindukan-Mu dalam detik kehidupan yang telah Engkau anugerahkan kepadaku saat ini; atau adakah aku tidak menempatkan Engkau di dalam jiwaku ini kerana kelekaan merindui selain dari-Mu. Ya Allah, sinarkan rindu hatiku terhadap-Mu."


p/s : Aku malu dengan-Mu saat mereka di sana berjuang ditekan dari segenap sudut aku masih di sini leka diulit pesona hidup.

Tuesday, February 12, 2013

Pemuda Pemudi


p/s : Ya Allah, sungguh aku tak mahu jadi pemuda yang kosong, hanyut dan terbiar.

Monday, January 14, 2013

Menuai keredaan






p/s : Sedang puas rehat di kampung menunggu tarikh penempatan yang tak tahu bila.


Friday, December 14, 2012

Tak Rugi Bersedekah



p/s : Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa'ala Ali Muhammad.

Thursday, October 4, 2012

Guru oh guru




p/s : Doakan kami para bakal pendidik, insya-Allah tidak sampai dua bulan untuk menamatkan pengajian di IPG.

Wednesday, September 12, 2012

Semanis cucur pisang


Pagi itu begitu dingin-hujan. Semenjak pulang dari ibu kota Kuala Lumpur, Ahmad masih belum dapat melihat sinaran mentari suci terbit menyusup ke daun-daun hijau di hadapan terataknya. Sudah dua hari lopak-lopak yang ada di hadapan terataknya dipenuhi  air. Mujur kawasan terataknya terletak di kawasan tinggi. Di tempat lain, gaya hujan terus-menerus seperti  ini sudah boleh mendatangkan bah.

Suasana sunyi waktu itu. Ahmad duduk tercokoh di serambi teratak kayunya-mengamati melodi titik-titik hujan yang jatuh ke sengkuap terataknya tanpa henti. Katak-katak yang dulu girang menyanyi mendapat hujan kini senyap sama sekali. Ahmad berasa enak melayan hati kecilnya pagi itu-rasa tenang sekali. Tekaknya juga enak menikmati cucur pisang yang garing digoreng dengan cukup. Lagi bertambah enak menikmati cucur pisang panas itu ketika hujan-disertai angin dingin pagi yang menggigit-gigit kulit tubuh. Rasa enaknya cucur pisang itu mahu saja Ahmad jeritkan ke sekujur dunia bahawa dia sedang menikmati cucur pisang yang sungguh enak.

Beberapa minggu yang sudah berlalu, Ahmad masih ingat rakan kampusnya datang ke bilik meluahkan isi hati.

“Ahmad, awal pagi tadi aku post satu perkara dekat FACEBOOK aku; INDAHNYA DAPAT BERTAHAJUD.”

“Lepas tu dalam beberapa minit ada orang komen post aku. Dia kata aku riak buat ibadah nak semua orang tahu, cukuplah Allah saja yang tahu. Ramai yang like komen tu.”

“Tapi sebenarnya tak. Aku ikhlas, tak ada niat nak riak sedikit pun. Aku cuma nak berkongsi rasa manis ibadah yang aku buat tu, bila dapat bangun…”

Waktu itu Ahmad hanya mampu menasihati rakannya agar bersabar. Niat hati rakannya Allah saja yang  tahu. Bagi Ahmad, dia faham situasi rakannya itu. Seperti  dia sedang berasa manis menikmati cucur pisang serta mahu semua orang di sekelilingnya tahu betapa nikmat merasai cucur pisang buatan ibunya itu. Maka dia mengambil langkah menjaja kepada rakan-rakan dengan niat yang tulus, “SIAPA-SIAPA NAK MAKAN CUCUR PISANG PALING SEDAP, BOLEH DATANG KE RUMAH AKU”. Kini, Ahmad berkongsi kemanisan menikmati cucur pisang buatan ibunya kepada orang lain.

“Hebat rakanku itu, mendapat kemanisan iman daripada Allah, tapi aku?” Jiwa kecil Ahmad berbisik. Dalam renyai-renyai hujan yang turun, dia bertekad untuk mengejar kemanisan iman. Bukan setakat mendapat kemanisan mengunyah cucur pisang tetapi lebih daripada itu-cuba berkongsi kebaikan dengan orang lain.

p/s : Hari ini dua puluh lima Syawal. Selepas Ramadan ke mana kita?

Tuesday, July 24, 2012

Risalah Ramadan 4 (Komik)



p/s :  Untuk semua lukisan dalam komik risalah Ramadan ini saya banyak merujuk kepada lukisan-lukisan saudara DALEDALE. Terima kasih yang banyak kepada beliau. PUASA BUKAN SEKADAR MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA. Selamat menjalani ibadah puasa.

Thursday, July 19, 2012

Risalah Ramadan 3 (Komik)



p/s : Satu hari lagi sebelum menjelang Ramadan, subhanallah..

Tuesday, July 10, 2012

Risalah Ramadan 2 (Komik)





p/s : Selamat pengantin baharu kepada sahabat saya dan pasangannya, semoga Allah Taala memberi barakah bagi kalian dan memberkati keluarga kalian dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan dan kepada kebaikan. Amin..

Sunday, July 1, 2012

Risalah Ramadan (Komik)

Komik 1


Komik 2


p/s : Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam penerbitan risalah Ramadan ini. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini mendapat reda-Nya insya-Allah. Kali pertama cuba mewarna menggunakan perisian 'adobe photoshop'. Terima kasih kepada pemilik blog KANGENSYURGA untuk tutorial mewarna.

Friday, May 11, 2012

Harapan dan kembali (video)


p/s : Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa'ala Ali Muhammad.

Thursday, May 3, 2012

Bonceng-membonceng

(Boleh klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang besar)

p/s : "HALAL lelaki membonceng wanita yang bukan muhrim di atas motor dengan SATU syarat, bapa perempuan itu perlu berada di tengah-tengah antara mereka." (Ustaz Azhar Idrus)

Thursday, April 5, 2012

Tonton ini dengan Mata Hati



p/s : Bila kali terakhir kita menangis dan mengapa kita menangis saat itu? Boleh klik sini.