Semut 1 : Mana jemaah malam ni? Sikitnya..
Semut 2 : Tak tahulah, aku pun pelik tengok budak-budak dekat sini.
Semut 1 : Kenapa?
Semut 2 : Tu, asrama dekat. Tapi tidak ada tenaga nak datang surau. Jalan berapa langkah saja pun.
Semut 1 : Hujan dekat luar tu, mungkin sebab tu budak-budak tu tak datang.
Semut 2 : Baguslah kau, memang sentiasa bersangka baik. Tapi hujan tadi, ni dah berhenti hujan. Tengok, ustaz sudah hendak mula kuliah. Sikit sangat jemaah yang datang.
Semut 1 : Betul juga cakap kau, hari Isnin lepas aku tengok berpusu-pusu budak-budak kat sini pergi pasar malam. Meredah renyai-renyai hujan yang turun. Memang banyak tenaga.
Semut 2 : Lapar punya pasal, nak isi perut.
Semut 1 : Oh isi perut ke? Lapar, cari makanan kan.Tapi makanan rohani, tak nak isi?
Semut 2 : Tak tahulah. Dah la, tak perlu jaga tepi kain orang.
Semut 1 : Sebab apa tak boleh jaga tepi kain orang? Sebab kita serangga ke.
Semut 2 : Bukan macam tu, aku selalu dengar manusia cakap kubur masing-masing. Jangan sibuk.
Semut 1 : Memang la kubur lain-lain, tapi nanti nak masuk kubur. Boleh berjalan masuk sendiri? Mandi, kapan, solat, siapa nak buat semua tu. Nak masing-masing ke?
Semut 2 : Betul juga cakap kau. Tak tahulah aku.
Kringgggggg…… Tersentak dia mendengar bunyi penggera telefon bimbitnya. Mimpi rupanya dia. Tapi amat pelik dan ajaib, bermimpikan semut. Dan yang lagi penting, semut-semut yang datang dalam mimpi itu memberikan mesej peringatan kepadanya. Dalam keadaan mamai itu dia bangkit berjalan ke bilik air membasuh muka. Diingatkan dirinya berkali-kali akan kata-kata 2 ekor semut yang hadir dalam mimpinya sebentar tadi, seperti terkena batang hidungnya. Kepalanya menggeleng berkali-kali.
p/s :
Hanyalah rekaan semata untuk mempraktikkan teori kritikan sastera secara Psikoanalisis.