Wednesday, May 5, 2010

Pabila semut berbicara.


Semut 1 : Mana jemaah malam ni? Sikitnya..

Semut 2 : Tak tahulah, aku pun pelik tengok budak-budak dekat sini.

Semut 1 : Kenapa?

Semut 2 : Tu, asrama dekat. Tapi tidak ada tenaga nak datang surau. Jalan berapa langkah saja pun.

Semut 1 : Hujan dekat luar tu, mungkin sebab tu budak-budak tu tak datang.

Semut 2 : Baguslah kau, memang sentiasa bersangka baik. Tapi hujan tadi, ni dah berhenti hujan. Tengok, ustaz sudah hendak mula kuliah. Sikit sangat jemaah yang datang.

Semut 1 : Betul juga cakap kau, hari Isnin lepas aku tengok berpusu-pusu budak-budak kat sini pergi pasar malam. Meredah renyai-renyai hujan yang turun. Memang banyak tenaga.

Semut 2 : Lapar punya pasal, nak isi perut.

Semut 1 : Oh isi perut ke? Lapar, cari makanan kan.Tapi makanan rohani, tak nak isi?

Semut 2 : Tak tahulah. Dah la, tak perlu jaga tepi kain orang.

Semut 1 : Sebab apa tak boleh jaga tepi kain orang? Sebab kita serangga ke.

Semut 2 : Bukan macam tu, aku selalu dengar manusia cakap kubur masing-masing. Jangan sibuk.

Semut 1
: Memang la kubur lain-lain, tapi nanti nak masuk kubur. Boleh berjalan masuk sendiri? Mandi, kapan, solat, siapa nak buat semua tu. Nak masing-masing ke?

Semut 2
: Betul juga cakap kau. Tak tahulah aku.

Kringgggggg…… Tersentak dia mendengar bunyi penggera telefon bimbitnya. Mimpi rupanya dia. Tapi amat pelik dan ajaib, bermimpikan semut. Dan yang lagi penting, semut-semut yang datang dalam mimpi itu memberikan mesej peringatan kepadanya. Dalam keadaan mamai itu dia bangkit berjalan ke bilik air membasuh muka. Diingatkan dirinya berkali-kali akan kata-kata 2 ekor semut yang hadir dalam mimpinya sebentar tadi, seperti terkena batang hidungnya. Kepalanya menggeleng berkali-kali.

p/s : Hanyalah rekaan semata untuk mempraktikkan teori kritikan sastera secara Psikoanalisis.

3 comments:

  1. cayalah...mmg bertuah hg dpt teguran dr en fauzi..dpt jgk praktikkan unconcius(keadaan tidak sedar@mimpi) dalam menyampaikan sesuatu yakni dakwah..
    semoga dengan penyampaian yg ringkas ni dapat sama2 kita amik iktibar..igt..jgn kejar pelangi, walaupun ianya begitu indah tapi belum tentu hujung dan pangkalnya..sama2 lah kita renungkn..:)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. alhmadulillah..

    ReplyDelete