Wednesday, October 12, 2011

Aiman dengan Rabun Warna

(Aiman-ketika umurnya sembilan tahun)

Aiman berjalan perlahan, menundukkan kepala menuju ke dapur. Di tangan kanannya memegang segulung lukisan. Pulang dari sekolah Aiman terus meloncat turun dari motosikal buruk ayahnya. Setiap hari seusai memotong di kebun getah ayahnya akan terus menjemput Aiman di sekolah. Motosikal buruk itulah yang digunakan untuk mengangkut getah sekerap-juga mengangkut Aiman pergi dan balik sekolah setiap hari.

“Mak…” Aiman memanggil mendapatkan ibunya yang sibuk menyediakan makanan tengah hari di dapur-Aiman berlalu meninggalkan ayahnya di belakang.

“Mak, tengok lukisan Aiman ni. Aiman salah ke? Tadi dekat sekolah kawan-kawan semua gelakkan Aiman bila Aiman siap warnakan lukisan ni, kenapa?”

“Mana, bagi sini mak nak tengok?”

Aiman berdiri di depan ibunya. Gulungan lukisan yang ada di tangan dibuka. Ibunya tersenyum, tapi cuba disembunyikan. Aiman diam, menunggu reaksi daripada ibunya.

“Dah, pergi tukar pakaian. Bau masam…” Ibunya hanya diam melihat lukisan Aiman. Bibir Aiman mencebik. Dia berlalu pergi ke bilik-merajuk.

Melihat Aiman berlalu pergi, ibunya menatap kembali lukisan Aiman. Lukisan bendera Malaysia, cantik sekali. Cuma satu kesilapan sahaja pada warna bendera pada lukisan tersebut. Bulan dan bintang diwarnakan kuning, jalur bendera berselang-seli merah dan putih, cuma satu. Yang sepatutnya berwarna biru diwarnakan dengan ungu. Bendera Malaysia mana ada warna ungu? Kali ini sah, Aiman ada masalah mengecam warna.

Ini bukan kali pertama, sudah berkali-kali. Dahulu ketika Aiman pergi membeli benang untuk ibunya menjahit baju raya juga jadi begini. Disuruh beli benang berwarna ungu, yang dibawa pulang benang berwarna biru. Begitulah sebaliknya, walaupun ibunya ada memberikan Aiman potongan kecil kain tersebut untuk dipadankan dengan warna benang apabila sampai di kedai tetap juga salah.

Setiap kali Aiman membawa pulang benang yang salah itulah Aiman akan dimarahi ibunya. Aiman pula hanya diam membatu apabila dimarahi. Jenuh menunggu Aiman, ibunya pergi sendiri ke kedai mencari warna benang yang dihajati.

Sekarang ibunya sedar. Aiman ada masalah mengecam warna. Patutlah selama ini asyik tersilap warna. Mereka yang menghidapi masalah ini mempunyai persepsi warna yang berbeza berbanding individu normal. Sindrom ini dipanggil ‘colour deficiency syndrome’…

“Kasihan anak aku yang seorang ni. Bukan salah dia, kasihan dulu dia kena marah-marah dengan aku…”

>>>bersambung

p/s : Selepas ini ikuti kisah Aiman dengan rabun warnanya ketika dia berusia tiga belas dan tujuh belas tahun.

14 comments:

  1. rabun warna kalau tak silap masalah genetik...

    ReplyDelete
  2. ..

    org yg buta matanya, Allah kurniakn dgn hati yg celik..malah, lbh celik drpd yg dpt melihat.

    rabun warna bukan kecacatan, tp 1 ujian dan Allah gantikannya dgn kelebihan dan keistimewaan yg org lain x miliki.. cthnya, bakat melukis ^_^

    tidaklah Allah mnciptakn kkurangan melainkn Dia mnciptaknnya juga kelebihan sbg pelengkap..

    ReplyDelete
  3. ..

    hahaha

    baiklah Abdullah. lakonan yg smakin mantap! cume kne stop mengeluh je. nway, tahniah..

    ReplyDelete
  4. tksih kpd man, SN pungkar dan tanpa nama krn menyinggah di blog ini

    ReplyDelete
  5. Salam...
    Kalau kecik2 dah rabun warna, kecian kot...

    Kawan saya pun sorang ada jadi macam tu, xboleh bezakan warna maroon dengan warna apa tah... dah xingat... hihihi...

    ReplyDelete
  6. ..

    KP,
    taufiq or taufeeq?
    haha.

    Pakcik,
    motif ltak gmbr adek?
    si taufeeq yg kuat ketawa. ad0yai

    ReplyDelete
  7. sengaja letak gmbar dia,
    ketawa 1001 makna..

    ReplyDelete
  8. Saya ada masalah colour blindness.. bila nak shopping atau beli barang, saya mesti bawak kwn sy temani sy.. untuk pilihkan warna.. tp teman2 saya seringkali mengejek saya katanya OKU.. itu bukan OKU... Tp saya cuba buktikan yang sy tak pun buta warna.. setelah sy ambil diploma jurusan graphic design.. Alhamdulillah.. sy teka warna dgn tepat.. and saya keluar dgn kwn2 saya.. diorg selalu menguji saya... Diorg suruh teka kain berwarna merah pekat.. saya bidas chilli red, royal blue dan hijau lumut kain tersebut.. diorg kata saya main hentam.. saya pggl kakak kerja di tempat kain tu..sy tnya satu2.. kakak tu jawab sama dgn jawapan saya.. walaupun saya dah betul dan boleh thu warna.. ada jugak diorg pggl sy cacat warna... Dugaan.. sy terima dgn redha.. Jazakallah...

    ReplyDelete